Selamat Datang Ke Portal Interaktif Panitia Pendidikan Islam Sk Hj Nyak Gam


Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua weblog ini dapat disiapkan, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, rahmat sekelian alam dan para anbiya', disamping kekangan rutin harian dan keterbatasan masa weblog ini dapat disiapkan walaupun ianya belum menepati standard kualiti yang sebenar sebagai sebuah portal online namun pada kami ianya suatu yang boleh dibanggakan, sekurang-kurangnya ia boleh membawa suatu impak baharu kepada kami dan pihak sekolah khususnya dalam mendepani arus teknologi semasa sesuai dengan teknologi masa kini.

Hasil kerjasama yang bersungguh-sungguh semua pihak terbinanya weblog ini yang akan memberi impak yang besar dalam perkembangan Panitia Pendidikan Islam Sk Hj Nyak Gam khususnya kerana dengan adanya weblog ini Panitia Pendidikan Islam Sk Hj Nyak Gam akan dikenali serta boleh diakses secara interaktif. Moga-moga dengan adanya weblog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Cetusan idea terbinanya weblog ini hasil cetusan idea guru-guru Pendidkan Islam Sk Hj Nyak Gam sebagai usaha merakyatkan teknologi sesuai dengan peredaran masa sesuai dengan slogan "maklumat dihujung jari", secara tidak langsung memudahkan lagi untuk akses maklumat bila-bila masa dan dimana sahaja.

Besar harapan kami mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan kemudahan untuk semua pihak dalam mengurus Panitia Pendidikan Islam Sk Hj Nyak Gam dari semasa ke semasa, pihak kami juga sangat berbesar hati jika ada pihak yang sudi berkongsi idea agar weblog ini mantap dari semasa ke semasa, perkongsian idea dan maklumat daripada semua pihak kami dahului dengan ribuan terima kasih. Segala kekirangan dan kelemahan adalah disebabkan kekurangan dan kelemahan kami dalam urustadbir weblog ini, kerana disebabkan kekurangan dan kelemahan kami yang baru bertatih dalam ilmu berkaitan teknologi maklumat yang berkembang dengan pantas setiap masa.

Sekian, terima kasih.